selamat dtg



roy belacan...

tekun berusaha, ceria selalu, sabar menunggu, biarkan kasih sayang mengatasi segalanya..





Monday, September 26, 2011

tanggungjawab lelaki sebagai ayah, suami, abang, dan anak..

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Sunday, September 18, 2011

owh...adakah aku begitu.???



                    terbuka satu blog pagi ni dan terbaca pernyataan ini...banyak persoalan yang bermain di fikirku...Ya Allah berikanku hidayahMu agar ku berada di landasan yang benar....


             Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna…
“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan beruasaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” — Hilal Asyraf
Jangan mendahului-Nya dgn menetapkan seseorg itu adalah jodohmu, sebelum ijab kabul dia bukan siapa-siapa bagimu, belum halal utkmu.Andai dialah jodohmu yang tertulis di Lauh Mahfuzh,Allah pasti akan menanamkn rasa kasih dlm hatimu & hatinya,itu Janji Allah.Akan tetapi,selagi kalian tidak diikat oleh ikatan yang Halal,selama itu jangan mubazirkan perasaanmu.Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan…♥
Serahkan masamu hanya untuk Allah, pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya. Serahkan hatimu dan cintamu untuk Allah, pasti DIA akan berikan hati dan cintamu kepada pemilik yang sebenar…
“Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri…♥”
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”
Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.
Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!♥
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.♥

Monday, August 15, 2011

17/7/2011,,,TAMAN TAMADUN ISLAM...TERENGGANU..


lawatan sambil belajar ke taman tamadun islam terengganu..

lawatan ini adalah untuk memenuhi sukatan pelajaran subjek edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang meliputi subtopik asas penggunaan kamera dslr....oleh itu, rombongan ini duk ambik gambar2 la kt TTI...


 pak pandir dan labu labu...
 hahaha....samdin semart bergaye....
 naim keliru xthu nk ambik gambar masjid mane...sume lawa2....haha
 haha,,,,ni otai fotografi made in nepal.....payed....
 ni kapten pasukan @ wadi selaku pensyarah...hahaha...
 ni pelancong dr bugis....kuikui mari....
 ahaha..ni pelakon lelaki paling popular masa tu.....leman....
 ni xtau mari dr mana...tb2 muncul...hahaha
 diorang sedang memancing ikan keli....
 ni sifu dlm fotografi....en wan adi...tertiarap cm nk berperang...
 ni aku xbrape ingat masjid ke ape ke....cm sarang labah2 pon ade...
 ni katak si katak samdin....lompat sambil menganga...
 taj mahal...tanda keagungan cinta raja moghul kepada permaisurinya....
 masjid kristal...
 ni bru sudah tgok wayang...
dibawah pokok kurma di depan monumen masjidil haram....

Thursday, August 11, 2011

berpuasa...

berpuasa di bulan ramadhan dan menanti kemenangan di bulan syawal...pada bulan ini sepatutnya aku perhebatkan ibadah...,solat terawih,..bersedekah,,membaca alquran....

semoga diriku berusaha mencari pahala yang berganda yang dijanjikan Allah pada bulan yang mulia ini...

sekarang aku masih di rumah sewa...minggu depan baru lah cuti untuk SBE di sk bukit besi dan terus sambung cuti raya...sudah lama berkelana di kota bharu ni....semester ni belum pernah balik rumah...rindunya aku pada ma dan abah kat umah sana....huhuhu,,,,,ma + abah..!!! ang nk balik,....!!!huhuhu....camne la keadaan kt umah sekarang....adik ila cmne la skrg.....hehe....

tp apapun kekadang cm best jgk lama2 tak balik umh....mesti rindu gila kt family...bila balik mesti rasa kelainan dan bertambah sayang bila rindu terubat...hehe....

lama tak makan masakan kt umah....duk sini xtahu apa yang masuk dlm perut nih...bila lapar pegi kedai beli....nak masak asyik sibuk @ buat2 sibuk je nge homeworks...haha...nk buat cmne kn...dh nama masih belajar...erm....

apepun bersabar lah roy belacan....itulah kehidupan....


ni sedikit gambar pada bulan pose nih...hehe..



                                                 begini la aku dipetang hari bulan puasa....

         ni aku nge apey lalala nk pegi bazar kt stadium kb....


masa g bazar jumpa roomate aku leman kantoi x puasa melarikan kueh dan makanan...muka malu tu bila gambar kantoi diambil...haha
 ahaha...ni wadi melihat hasil karya psv di petang hari kt maktab....




sebelum berbuka....halim nge farid selaku adik beradik kesayangan duk tgok tv...kacip2...haha

ni aku tengah study nk jadi super silent ambassador...

Friday, July 29, 2011

kata kata yang pernah ku lakar dalam diari hatiku untukmu...

 
        segala kebenaran yang berhak ku tahu usahlah dikau kaburi mataku kerana hatiku dapat melihat lebih tajam dari mataku walaupun hanya diriku sahaja dapat mentafsir dan.....

        aku akan Cintai dalam diam kerana aku tahu aku belum bersedia menjadi milikmu yang sah..
cerpan cintan...roy belacan,,



    andai cinta aku dan kamu itu suci, kita akan tetap berjumpa dan bersama....

walaupun lama masa berlalu, walau jauh kini berada, walau kesibukan urusan masing2 bertalu talu, walau rindu terus bertambah kerinduan, walau sayang puas terucap, walau halangan terus mendatang,.
   
        itu bukan alasan songsang...cinta ini bukan untuk seketika, tetapi mencipta satu kenyataan kebahagian bersama...hanyalah doa dan tangisan serta kesabaran dalam mengotakan janji cinta bersemi.....

bertahanlah.....duhai kejoraku....

Thursday, July 28, 2011

apakah ini suratan....

kenape disaat diriku menggila rindu...mimpi tidak berkesempatan bersama dan kesedihan seringkali hadir di tidurku...kenapa sebegitu rupa mainan tidurku untuk bersama kamu sering buntu dan tiada penghujung yg manis?persoalan naluri jiwa..

bila memikirkan terasa ingin menitiskan air mata...

bila memikirkan terasa juga hendak ketawa...

bila memikirkan lagi munculah perasaan hampa,kecewa dan putus asa..

bila memikirkan lagi terasa nak buat bodoo je...

bila memikirkan ternyata munkin itu suatu petunjuk agar lebih berwaspada dan rasional di hari muka...


tetapi bila bila fikir itu aku mampu hadapinya kerana aku adalah apa yang aku inginkan...aku berhak dapat apa yang aku usahakan,..
huhuhuhuhu....

Wednesday, July 20, 2011

Wednesday, July 13, 2011

begini ye cantik...hehe...

adus....terbuka satu blog tu...dalam banyak banyak cerita aku tertarik dengan pernyataan ini.


Wanita cantik ialah

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi…”

Ya Allah…walaupun dirimu tidak cantik dimata manusia,cukuplah sekadar cantik dihadapan ALLAH.

Tuesday, July 12, 2011

mimpi itu sering mendatangi dikala rindu...

setiap kali diri ini menyelamun kerinduan pada dirimu,
setiap kali itu ku dapat kesedihan yang mendatang,
ku tak tahu bilakah kerinduan ini terubat untuk dirimu,
kurasakan cinta ini tidak adil buat diriku terhadap dirimu,
petunjuk Ilahi bisa memberikanku jawapan yang pasti untuk cinta ini.

malam tadi ku bermimpikan dirimu lagi...tetapi kenapa dalam mimpi itu seperti mimpi sebelum ini?
aku tetap tidak bersatu dan bersua dengan mu...argh!!!! sedihnya....
huhuhuhuhuhu....

Saturday, July 9, 2011

perindu setia menunggu...

tiap hari menanti dirimu...
tiap hari menanti kasihmu..
tiap hari menanti janjimu..
tiap hari menanti harapmu...
tiap hari menanti hidupmu..
tiap hari menanti cintamu...

segalanya mencabar benak dan jiwaku...
adakah kau tahu...?
betapa diri ini rasa tersisih dari mu...
terpinggir..
aku keseorangan...
tapi kau tidak menemaniku..
kemana fikiranmu kutak tahu...
ternyata dirimu tidak berkisarkan hidupku...
kenapa dikau membisu...?
aku menunggu,,,
menunggu,,,
menunggu..terus menunggu..
masih menunggu..
ternyata aku tetap menunggu...
menunggu...
sampaiku bisu kelu...
rinduku pahit hempedu...
tiada penawar manis utk mengisi...
hanyalah tunggu...
tidak sekejap...
berbeza dengan tunggu darimu....
hanya satu malam...
tapi aku tetap begitu....
aku sangat kecewa denganmu...
berulang dan terus berulang...
ayat dan kata songsang dilontarkan padaku...
diriku adalah pesalah olehmu...
diriku adalah penyebab olehmu...
tapi aku tetap begitu...
menunggu...
sabar..
menunggu...
menunggu...
aku pasti...
untuk insan sepertiku....
akan capai kemenangan cinta abadi...
merindu pada setia menunggu...
rindu setia tunggu...
perindu akan tetap menunggu..
akulah seorang yang bernama farhan...
menanti seorang yang bernama fazira...
tapi kekecewaan dihati ku adalah norma
insan yg setia menunggu...
tahniah untuk diriku paan....kamu hebat.!!

roy belacan....

Wednesday, July 6, 2011

ku agak sinis berpena..

tiada titik keserasian terasa dijiwa,
hanya perkara biasa terpacul hanya,
aku pun juga manusia biasa,
mencari arah tuju yang gembira.

dua haluan yang sungguh berbeza,
usaha mencari jawapan sepunya,
apa sahaja duka hadap bersama,
tiada terkata dikala derita.

tinggal impian tinggal harapan,
segala mimpi hanyalah angan bosan,
alam fantasi kearah realiti,
timbul tanda kendiri yang beerti.

setiap langkah hari sungguh kusabar harungi,
melangkah kedepan tiada terperi lagi,
semoga sampai destinasi didaki kini,
manis senyum bila bersemi...

oh roy belacan....

Monday, June 27, 2011

info untuk diriku ini...9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG..

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. paling menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. astaghfirullah.. rase kerdil.. 


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.


...HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH...


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)...

Sunday, June 26, 2011

ditujukan untuk saya ?

Bile sy da JAuh Hati ngan seorang LLKi..ssh da sy TRime org tu lam HiDup sy blik..arap maaf..sbb awk,xprnh cube untk brubh yg lbh tbaek...=))




erm....
erm...
erm...


sye xthu nk cakap ape...


erm...
erm...
erm...


klu btul awk tuju utk sye...


jgn maafkan sye...
sbb xde yg bersalah...
sye yg salahkot adela....
sye cetek sikit...so....
xpe...
ku terima ketentuanNya,,,,,

Saturday, June 25, 2011

info

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

"doa sejata orang mu'min"

Tuesday, June 21, 2011

sampaikan salam cintaku padanya...



langit tidak selalu cerah..awan mendung kelabu menggamit ingatan..semua yang diharapkan bukan semua akan berjalan dengan lancar kerana ketentuan ilahi lebih dari segala galanya.kerana ketentuan ilahi itu adalah yang terbaik untuk hambaNya..bersabar,bersabar, dan terus bertahan..kunci segala nikmat dan rahmat yang akan di tempa..

aku tidak pernah minta untuk jatuh cinta padamu tetapi itu adalah satu anugerah ilahi untuk diri ini yang mempunyai naluri isi hati yang dicuri olehmu..kenapa sejak akhir akhir ini selalunya terjadi pergeseran antara kita.??itupun lagi diri ini tidak pinta..aku tidak pernah salahkan dirimu kerna aku tahu itu kelemahan diriku..aku suka untuk bersama sama dengan mu untuk menghadapi halangan cinta ini..masalah yang timbul jika di selami dan di selesaikan dengan betul berdasarkan perbincangan antara kita pasti ditemui jalan..


semoga kita berada di landasan yang betul...

Monday, June 13, 2011

aku masih disini...

aku hanya mampu tersenyum terharu disebalik ..........................

Sunday, June 12, 2011

aku sayang aku rindu aku cinta dan aku....

segalanya tidak menentu.perhubunganku denganmu kelabu,ragu ragu,keliru dan tidak berkesudahan.kesedihan dan kehilangan tidak pernah mahu kuduga kerana kutahu diri kerdil ini tidak mampu mengharungi dugaan yang sering ditempuh.dirimu tidak suka dipermainkan perasaanya begitu juga aku.tp tergendala impian,angan fantasi yang diharap realiti daripada diriku untuk cintaku padamu.kau tidak memberi peluang untukku.perancangan yg diujar olehku sering disambut dingin olehmu dengan alasan yg xku fahami dengan akal yang waras.dirimu seakan tidak percaya dan yakin akan diriku.tahukah kamu siapa diriku aku? lelaki jenis apakah aku.apakah yang aku fikir untukmu? banyak benda yang kamu sulitkan untukku,nafikan untukku.tahukah dirimu betapa sedihnya diriku setiap kali memikirkan cintaku padamu?.tahukah dirimu aku amat risaukan dirimu berjauhan disana yang kesihatan sentiasa terganggu.tahukah dirimu aku sentiasa memikirkan dirimu? tahukah dirimu sudah berapa aku menunggu?tahukah kamu dirimu org yg pertama bertahta dihatiku?tahukah dirimu setiap kali kesulitan yang berlaku padamu aku akan kurasa tidak senang,tahukah kamu betapa tingginya harapanku pada cinta ini?walaupun harapanku sering diperkecilkan olehmu..tahukah kamu betapa pentingnya dan bernilainya dirimu padaku? sejak ku kenal kamu hampir 6tahun lalu.,dirimu menjadi sumber inspirasiku,cita citaku,impianku,anganku,doronganku,pembakar semangatku untuk berjaya dalam kehidupan sehingga sekarang.cuma sekarang masa,keadaan banyak mengubah persepsi kte dan menjadi cabaran.ini semua adalah input yang penting dalam mematangkan fikiran dan pengalaman sebelum melangkah kedepan.persoalan yang terpacul dan aku masih pertimbangkan satu niat murni nurani diri dari tahun lepas lagi pada hujung tahun 2012 akan dtg untuk melamar dirimu dan menemui keluargamu untuk mengikat tali pertunangan denganmu.aku ttiada niat untuk persendakan cinta ini kerana ia dibina bersama dengan mu..tidak perlu menegakkan benang yang basah,buang yang keruh ambil yang jernih,kita bina bersam cinta ini,oleh itu,kita berdua adalah pencipta dan kita berdualah bertanggungjawab perrtahankannya.semoga kita terus dalam kesabaran dan berfikir kebahagian yang ingin diundang..satu soalan ku buatmu nur fazira ahmad...ADAKAH AKU BERMAIN MAIN DENGAN PERASAAN DAN CINTA KAMU?????!!!!
oh pencuri hatiku...

kelantan vs terengganu final piala FA...pertembungan dua gergasi musuh tradisi pantai timur...

WOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! memang best oi final ganu dan kelate kat stadium bukit jalil semalam....gempak giler...ramai giler manusia....bermula pkul 4.00 ptg sampai ko 12 mlm duk situ...macam2 karenah,gelagat,pakaian dan cara masing2 penyokong yang ada pada waktu itu...walaupun aku sokong ganu pada malam itu tp aku sokong jgk kelate...aku suka tgok semangat penyokong kelantan dan terengganu...xde gaduh pon...cume kesian je kt polis dan fru kene baling botol...huhuhu...sabaq na...kelantan rmai giler penyokong sampai tempat penyokong terengganu pon penuh ngan baju merah....mmg dasat...yg tgganu plak dr ptg sampai mlm asyik sorak je xhenti...mmg enjoy beb!!! yang pelik nyer...terdapat 3 bendera yang menguasai stadium mlm td..spatutnya bndera ganu,kelate dan malaysia,,,tp bendera malaysia yg ada langsung xleh lwan bendera pas yang penyokong kelate dan ganu bwak...semangat pelik je diorang nih...dhla nk masuk bendera pas byak kene rampas polis,,,tp masih byak...yg hairan xde bendera umno...hahahha...kepuasan berkumpul dengan kawan2 menonton,bersorak beramai2 dan melepaskan segala tension adalah kemenangan yg manis buat diri walau pasukan yg disokong kalah...menang kalah adat bertanding....realiti sukan dalam kehidupan untuk kesihatan.....jmpa lg ganu dan kelate...kawe nok jupe mung lagi lepah ning....hahhahah

penyu vs kijang......                  
 satu kapal
 bila ganu kena 1 gol
 bila dah menang...
ronda ronda dulu minum kopi...

Tuesday, June 7, 2011

santapan hati kecil di petang hari bersama anak saudara sekalian...

hari ini rase sungguh letih setelah seharian berada di kebun memenuhi jadual cuti semester kali ini..keletihan yang terpacul diraut wajahku dan badan yang longlai berasa sungguh terhibur dan teruja apabila kepulangan ku dirumah disambut dengan lagu yang suka suka oleh anak saudaraku .. INAS,SUFI dan TIHANI selalu je gurau gurau senda bila aku berada di rumah..tp yang kelakarnya sbelum myanyi diorang siap bagi lirik lagu lagi kt aku untuk nyanyi sama sama,.siap beratur tegak depan aku utk nyanyi....hahhahahha..tp entah kenapa sekarang aku suka dan rasa satu perasaan kasih sayang yang tak pernah kualami sebelum ini kepada anak anak kecil bukan sahaja mereka yang kukenal malah apabila jumpa dimana2..benak dan perasaan rasa begitu oh..tp terima kasih u olls atas lagu tu..pok Ang suka!!!hehehe..

i love u, i love u, i love u pok ang...
kita semua sayang pok ang...
kita semua suka pok ang...
muah muah muah!!!...

hahhahahahahhaha....
adoi budak2 nih....esok pok Ang plak yang nyanyi lagu RASA SAYANG untuk korang...hehhehehe.....

Wednesday, May 25, 2011

satu siri apresiasi diri dihati....

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang dinafi, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba lakukan apa yang terbaik. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka. Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia,kejujuran,pengharapan dan bibit bibit cinta...maka  ketika itulah dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum dan berkata aku tetap aku...aku puas hati dan berbangga dengan usahaku menawan dan memiliki cintamu...senyumlah mohd farhan abdullah...nukilan roy belacan....

Friday, May 20, 2011

sampai bila ?

melayan kerenah mu dengan penuh sabar....!
menyayangi mu dengan penuh sabar....!
merindui mu dengan penuh sabar....!
mencintai mu dengan penuh sabar...!
menunggu mu dengan penuh sabar...!


mungkinkah terhenti dan berakhir ditengah pernantian ?
hanya keyakinan dan kesetiaan yang akan menjadi jawapan...
semoga berada di landasan yang betul....
syabas anda mohd farhan abdullah...

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru untuk diriku.....

selaku bakal guru akan datang aku merasakan diri ini tersentuh apabila datangnya ucapan selamat hari guru...tapi walaupun belum menjadi guru,aku merasakan menjadi gurru ini satu tugas yang mulia kerana banyak pengorbanan yang perlu dilakukan,tetapi bergantung kepada individu yang menjadi guru kerana seseorang guru akan merasakan sendiri tanggujawab dan amanah yang diberi untuk mengajar dan mendidik anak bangsa samaada diambil dengan sepenuh hati ataupun sambil lewa..apapun aku berharap aku akan menjadi seorang guru yang mempunyai ciri ciri seorang guru yang baik dan seimbang dari segi JERIS supaya dapat memberi sumbangan yang berguna kepada anak bangsa..semoga aku tabah dalam mengharungi bidang perguruan yang telah ditentukan ilahi kepada diriku..

sedikit terkilan apabila orang kusayang tidak beri ucapan selamat hari guru untuk diriku...aku suka untuk mendengar kata kata itu daripada mulutnya...bukan untuk bermegah tetapi sedikit pembakar semangat didalam diri...

selamat hari guru buat semua golongan yang mengajar dan mendidik...

tanpa guru siapalah aku hari ini yang pandai membaca,menulis dan mengira..bermula ABC123 sehinggalah semuanya berjaya ku hadap dalam pembelajaran selama menjalani kehidupan seorang murid kepada semua guru yang mengajar...kepada guru yang selalu memarahi,kepada guru yang selalu membenci diriku kerana nakal,kepada guru yang rapat denganku..kepada guru yang mengajar tetapi selalu rotan dan pulas telingaku,kepada guru yang hanya ajarkan aku 1 hingga 10,kepada guru pasti semasaku berumur 6 tahun,dan kepada semua guru..terima kasih diucapkan kepada anda...anda adalah pencerap masa depan generasi...tanpa komitmen anda, bagaimana agaknya untuk melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelajaran..kepada guru yang mengajar dan mendidik aku supaya aku menjadi seorang manusia,aku berterima kasih...semoga kalian mendapat   ganjaran dari tuhan terhadap jasa baik kalian..pantun ini aku cipta ketika ini untuk guru ku...

guru lelaki segak bergaya,
guru perempuan cantik berseri,
ilmu diberi tanpa berkira,
itulah nama hidup berbudi.

guru lelaki tegak berdiri,
guru perempuan duduk bersila,
telinga dicubit sambil berdiri,
tegasnya mereka untukku pandai membaca.

guru lelaki memakai cincin,
guru perempuan memakai gelang,
semua dipegang jari kaki dan tangan,
supaya farhan dapat membilang.

guru lelaki memerek motosikal,
guru perempuan mengherek basikal,
sampai di sekolah semua tertanggal,
sungguhnya mereka agar kelas tidak tertinggal.

guru lelaki kulitnya hitam manis,
guru perempuan kulitnya kuning langsat,
apabila dipuji ada yang tersengih sinis,
amanah diberi tanpa diskriminasi warna kulit.

guru lelaki namanya farhan,
guru perempuan namanya fazira,
lihat pada nama sungguh sepadan,
lantas murid salah dipulas telinga.

guru lelaki digelar abg,
guru wanita digelar syg,
bukan bercinta,bukan gila bayang,
buktinya kukuh tanda guru penyayang.

guru lelaki memberi salam,
guru perempuan menjawab salam,
murid berdiri bermakna sopan,
marilah semua menjawab soalan.

guru lelaki `selamat hari guru',
guru perempuan`selamat hari guru',
sambutan ini khas untuk semua guru,
silalah tanya diri,siapa kita tanpa guru?.

roy belacan 1.45 am 5/16/2011

Friday, May 13, 2011

memang dah tersurat,kau tidak kujumpa....

betapa sedihnya hati ini terus menanti dirimu..akhirnya kuputus untuk pastikan sesuatu yang belum pasti..sungguh jauh ku lari mencari dirimu..dalam keadaan kelam kabut kubawa diri kesana seorang diri untuk menemui dirimu..tetapi hampa,kecewa dan sedih menimpa diri..dirimu masih tidak kutemui..hati kecilku menangis tak berlagu keseorangan sambil membawa harapan..aku berasa memang mungkin kau tidak kutemui..malam last aku disana 19/5/2011,,sungguh tidak kusangka dipelawa untuk datang melawat dirimu..kenapa boleh jadi begitu?sedangkan dirimu tetap dengan alasanmu..pelawaan itu ikhlas darimu atau terpaksa?itu hanya tuhan yang tahu..tetapi atas dasar diriku yang bertujuan begitu aku nekad untuk berusaha datang..dari kangar macam2 masalah timbul yg menyebabkan masa begitu cemburu..sampailah di changlun..kereta kubawa merentasi highway   ke alor setar/kubang rotan begitu laju kerana mengejar masa untuk sampai tetapi akhirnya aku hanya menangis didalam kegelapan malam...begitu pengharapan dariku tidak kesampaian,,aku hanya sampai di kuala nerang..aku sesat tersasar daripada haluan utk ke alor setar...jam menunjukkan pukol 11 malam....aku sudah sangat terlewat...memang aku akan tidak berjumpa denganmu waktu itu..sms sampai bhawa `xpayah datang`dh xlarat nk tunggu,esk ade kls..huhuhu...sedihnya diri ini...apapun kesabaran itu indah....andai berjodoh,cinta yg suci,kita akan bertemu lagi bila berumur panjang...aku hanya tersenyum..

ipoh-kota bharu-kangar-alor setar-parit buntar-bangi-kl-nilai-USIM-ayer keroh-melaka-segamat-kuantan-kemaman-dungun-ambs...

sungguh letih...tp banyak cerita seronok yang kurang daripada cerita duka....tapi itulah yang terbaik yang sudah ditentukan ilahi untuk diriku yang kerdil ini..aku hanya bersyukur diatas ketentuanNya...mungkin itulah cabaran untuk diriku agar lebih matang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba...aku hanya mampu tersenyum apabila dukalara menyelusuri diri ini..dan Alhadulillah bersyukur terhadap segala yang baik...Ya Allah ya Tuhanku,tunjukkan aku jalan yang lurus,dipermudahkan urusan,sabar menghadapi ujian,panjang umur dan dimurahkan rezeki...sesungguhnya aku hambaMu yang lemah...

Monday, May 2, 2011

luahan rasa sumbang cinta dihati...

kadang kadang rasa menyesal.,,kalau difikirkan buat apa nk menyesal? sesuatu yang aku sendiri yang mencipta dan akulah yang harus harungi..tetapi aku merasakan penyesalan adalah satu pengajaran yang berharga dalam hidup supaya lebih berwaspada dan beringat ingat di hari mendatang...andainya hari ini aku menemui kegagalan dalam cintaku pada manusia setelah bertahun tahun menaruh harapan, angan , impian dan segala tentangnya, ianya sungguh menyakitkan perasaan...hati terguris luka tidak seperti jari terluka diletak gamat kerana penawarnya sukar dibeli,dicari untuk diubati walaupun terdapat sekelumit belai namun ianya hanya cukup sekadar menahan seketika..apa? siapa?yang patut dipersalahkan? semuanya akan aku harungi walaupun semuanya terpaksa tertanggung dibahu..akanku sandarkan kekalahan ini , kesalahan ini, sebagai kecundang yang   yang mematangkan fikiran...aku perlu senyum...hehehe..

Saturday, April 30, 2011

bila balik umah je msti rasa mls nk dtg balik maktab....adus...

setiap kali cuti lebih 3 hari je....pasti roy balik rumahku syurgaku kat bandar almuktafi billah shah nih..hehehe..kenapa ek?? tentulah rindu kat ma dan abah kat rumah...huhuhu...kali ni cuti 4 hari....2 hari duk dlm kete..2 hari duk rumah..tp ble duk umh je msti malas nk balik maktab...rse cm nk abs cpat2 je blaja dan trus mngajar kt skul yg dkt2 nge kmpg...hohohooh....mmg best kn....kali ni cuti yg agak best dua hri duk umh kene pg kebun..kt kebun tu tmpat yg best untuk roy tenangkan fikiran..walaupun letih sikit sbb mesin rumput dan pegi memancing ngan adik tp kepuasan lepak2 santai bersama keluarga agak teresa enaknya...hahhaha....3 mggu lepas nih pasti dtg lg kt kebun....cuti sem la plak....hahhahhahah.....

Thursday, March 24, 2011

PBS di SK SURA SURA DUNGUN...


20 mac hingga 24 mac di sekolah kebangsaan sura dungun terengganu. roy telah menjalani pengalaman berasaskan sekolah di sana... kata guru besar sk sura..encik alias dolah; pihak sekolah mengalukan kedatangan guru pelatih ke sekolah ini. sekolah ini ibarat dusun buah buahan. anda datang kesini ambilah buah buahan yang baik baik untuk dibawa pulang. dan yang tidak baik anda sangkut di pintu pagar sekolah untuk pihak sekolah bedah buah yang  tidak baik iu dimana cacatnya.kesimpulannya adalah segala ilmu dan pengalaman yang berguna ambil untuk kegunaan anda untuk menjadi guru kelak. dan yang tidak sepatutnya ambilah sebagai pengajaran dan diperbaiki untuk mendapat sesuatu hasil yang lebih baik. 




hahaha...sekolah ni mmg best u...roy bangga bleh datang sini...

ni murid 6 gemilang yang diketuai oleh jejaka pkai baju oren...nama dia ibrahim....go brehim go brehim!!!hahhaha..dasat roy...


5 sekawan yg xthu dr mne dtg tetibe je suh ambk gmbr....so tgkp muat je la...hahhaha


aktiviti memanaskan badan..

murid nih roy paling segan sebab dia besar lagi dr roy...huhuhu..walaupun begitu dia ni dengar kata...good!!!
kawasan depan sekolah.. satu malaysia roy!!! 

cikgu paling spoting nge roy di sk sura...hahha

murid ni roy paling suka..caiyok2..

cikgu semek ni asyik ambk gmbor je...roy yg comel nih xnk diambik gmbo...aduss..hehehhe

pengawas sekolah yg sentiasa byak mulut ngan roy...nk kene sekeh....hahahha




terima kasih daripada roy untuk semua warga sekolah sk sura. sepanjang berada disini banyak perkara baru roy perolehi.. semoga bersua lagi you all!!hehehe..kepada murid murid yang knl roy sewaktu masuk ke kelas, roy harap kalau berjumpa di mana mana bertegur sapa la ye...hehhehe...sayang you all!!!hahahha