selamat dtg



roy belacan...

tekun berusaha, ceria selalu, sabar menunggu, biarkan kasih sayang mengatasi segalanya..





Tuesday, January 25, 2011

25 januari 1990...berumur 21 tahun...

25hb januari adalah tarikh lahir aku. aku menyambut kelahiran yang ke 21 dengan satu kejutan oleh kawan kawan yang sungguh syahdu.

                  tajuk ; minum air ramai ramai kt kedai awek depan pantai timur.
          
               set induksi  ; ummi apey tepon suh blikan telor wt blik umh nk msk
          
               langkah 1   ; ajak blik umh sampai kt pintu kete pappp!!!sebiji telor singggah  
                dikepala...adoi...busuknya...sambil lagu birthday dinyanyikan...pappp!!!tambah 2,3 biji lg telor...

             langkah 2 ; sekilo tepung gandum diuli bersama dengan seluruh badan termasuk dalam sluar              
skali...adoi..sADIS...haha..
            penutup ; terpaksa blik dengan moto tnpa helmet..dengan badan putih n busuk bau telor aku terpaksa blik dengan moto tu hehehe...

perasaan ;  walaupun dah jd cm bangla jual susu..hepi la kne wish cmtu dengan kawan kawan.first time kene telor ats kpala...hehe..apapun tq frens...jaga jaga la birthday sapa lepas nih...aku nk baling taik itik..hahhaha

Wednesday, January 19, 2011

selamat hari lahir buatmu....

                                                      selamat hari lahir yang ke 19th awak...


Semoga dipanjangkan usia...
ditambahkan rezeki...
ceria gembira selalu...
ditingkatkan iman di dada...
dikurniakan kesihatan yang baik...
bersabar dan yakinkan pada orang yang kamu cintai...
terus bersemangat dan berusaha bersungguh sungguh...
diberikan kejayaan dlm hidup mu pada usia ini...


Tuesday, January 18, 2011

GERKO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA IPG KOTA BHARU..



BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya



Monday, January 17, 2011

peperiksaan ulangan..hehehe

hari ini selesailah misi untuk menjawab sebaik mungkin untuk kertas yg aku gagal pada semester 2 tahun lepas..anggapan bahawa soalan hari ini lebih mudah dari tahun lepas akhirnya menjadi mimpi ngeri kerana soalan yang dijawab tadi lebih sukar.alangkah baiknya aku study sebaiknya.berharap akan mendapat keputusan yang baik.tapi subjek murid dan alam belajar ni memang payah sungguh payah.banyak teori yang kena hafal dan faham.tapi sukar mana sekalipun hadapi je la kn2??hehe

Thursday, January 13, 2011

.semangat yang hilang..

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

Jangan membanggakan apa yang telah engkau lakukan hari ini, sebab engkau tidak akan tahu apa yang akan diberikan hari esok.



kejayaan adalah dicipta dan bukan tercipta... usaha tampa peluang ibarat usaha tampa hasil.. hanya permata sahaja dapat memotong permata... anda adalah permata itu,cuma belum di gilap... hari ini peluang ini sudah berada di depan mata anda... terserah kepada anda untuk bertindak atau sebalik nya...

Wednesday, January 12, 2011

2006 - 2011 cinta itu memang buta...



segala galanya mudah diungkap, dilafaz, dikata tetapi tidak semudah itu untuk mengotakan apa yang yang diluahkan itu. bagi mereka yang sedang hangat bercinta pasti tidak lari daripada perasaan kasih sayang terhadap orang yang mereka sayangi,.sanggup menyatakan dan menjanjikan sesuatu yang boleh menggembirakan pasangan walaupun itu semua hanyalah kata kata picisan dusta yang akhirnya membawa kekecewaan dan merana diri kepada antara seorang yang ternoda dengan dunia cinta akhirnya mengalirkan air mata membanjiri pipi bagi seorang perempuan dan tunduknya seorang laki laki yang menangisi kekecewaan cinta tanpa airmata dengan segenap kekosongan fitrah rasa cinta dunia antara manusia yang menghadapi perpisahan. bagi perempuan dari telinga turun kehati dan lelaki dari mata turun ke hati adalah suatu pandangan pelengkap pertemuan sebuah perasaan cinta diantara keikhlasan satu sama lain.permulaan perkenalan yang membawa kepada berputiknya perasaan cinta sungguh bahagia diawal awalnya.namun apabila terpaculnya konflik dan masalah yang masing masing hanya mempersoalkan tentang percakaran itu tanpa mencari jalan penyelesaian sesuai yang menghasilkan situasi menang menang antara satu sama lain, pastinya berlaku ketirisan kepercayaan dan hanyalah keraguan yang mengundang tanpa menghiraukan dan menilai kasih yang dicipta dan terjalin sekian lama.mereka yang gagal dalam percintaan mereka dimana segala impian bulan dan bintang untuk dikecapi bahagia bersama tentulah menjadi kenangan manis yang memberikan pengalaman kisah hidup separuh jalan dan menjadi bekalan untuk mengharungi kehidupan seterusnya dengan lebih bermakna..adakah anda akan melalui perjalanan cinta sebegini?? hadapilah...

Tuesday, January 11, 2011

2008 - 2011 - 2013 DI IPG KOTA BHARU, KELANTAN

Sungguh lama rasanya berada di sini....banyak perkara yang berlaku seakan akan sekelip mata sahaja berlalu.semester baru ini sungguh memeningkan dan meletihkan.bermula 7.45 pagi smpailah jam 5oo petang..aduss..macam mana la apa yang terjadi pada hari hari yang mendatang..semoga semua urusan dipermudahkan..