Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. paling menyedihkan...
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. astaghfirullah.. rase kerdil..
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
...HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH...
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)...
selamat dtg
roy belacan...
tekun berusaha, ceria selalu, sabar menunggu, biarkan kasih sayang mengatasi segalanya..
Monday, June 27, 2011
Sunday, June 26, 2011
ditujukan untuk saya ?
Bile sy da JAuh Hati ngan seorang LLKi..ssh da sy TRime org tu lam HiDup sy blik..arap maaf..sbb awk,xprnh cube untk brubh yg lbh tbaek...=))
erm....
erm...
erm...
sye xthu nk cakap ape...
erm...
erm...
erm...
klu btul awk tuju utk sye...
jgn maafkan sye...
sbb xde yg bersalah...
sye yg salahkot adela....
sye cetek sikit...so....
xpe...
ku terima ketentuanNya,,,,,
erm....
erm...
erm...
sye xthu nk cakap ape...
erm...
erm...
erm...
klu btul awk tuju utk sye...
jgn maafkan sye...
sbb xde yg bersalah...
sye yg salahkot adela....
sye cetek sikit...so....
xpe...
ku terima ketentuanNya,,,,,
Saturday, June 25, 2011
info
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
"doa sejata orang mu'min"
Tuesday, June 21, 2011
sampaikan salam cintaku padanya...
langit tidak selalu cerah..awan mendung kelabu menggamit ingatan..semua yang diharapkan bukan semua akan berjalan dengan lancar kerana ketentuan ilahi lebih dari segala galanya.kerana ketentuan ilahi itu adalah yang terbaik untuk hambaNya..bersabar,bersabar, dan terus bertahan..kunci segala nikmat dan rahmat yang akan di tempa..
aku tidak pernah minta untuk jatuh cinta padamu tetapi itu adalah satu anugerah ilahi untuk diri ini yang mempunyai naluri isi hati yang dicuri olehmu..kenapa sejak akhir akhir ini selalunya terjadi pergeseran antara kita.??itupun lagi diri ini tidak pinta..aku tidak pernah salahkan dirimu kerna aku tahu itu kelemahan diriku..aku suka untuk bersama sama dengan mu untuk menghadapi halangan cinta ini..masalah yang timbul jika di selami dan di selesaikan dengan betul berdasarkan perbincangan antara kita pasti ditemui jalan..
semoga kita berada di landasan yang betul...
Monday, June 13, 2011
Sunday, June 12, 2011
aku sayang aku rindu aku cinta dan aku....
segalanya tidak menentu.perhubunganku denganmu kelabu,ragu ragu,keliru dan tidak berkesudahan.kesedihan dan kehilangan tidak pernah mahu kuduga kerana kutahu diri kerdil ini tidak mampu mengharungi dugaan yang sering ditempuh.dirimu tidak suka dipermainkan perasaanya begitu juga aku.tp tergendala impian,angan fantasi yang diharap realiti daripada diriku untuk cintaku padamu.kau tidak memberi peluang untukku.perancangan yg diujar olehku sering disambut dingin olehmu dengan alasan yg xku fahami dengan akal yang waras.dirimu seakan tidak percaya dan yakin akan diriku.tahukah kamu siapa diriku aku? lelaki jenis apakah aku.apakah yang aku fikir untukmu? banyak benda yang kamu sulitkan untukku,nafikan untukku.tahukah dirimu betapa sedihnya diriku setiap kali memikirkan cintaku padamu?.tahukah dirimu aku amat risaukan dirimu berjauhan disana yang kesihatan sentiasa terganggu.tahukah dirimu aku sentiasa memikirkan dirimu? tahukah dirimu sudah berapa aku menunggu?tahukah kamu dirimu org yg pertama bertahta dihatiku?tahukah dirimu setiap kali kesulitan yang berlaku padamu aku akan kurasa tidak senang,tahukah kamu betapa tingginya harapanku pada cinta ini?walaupun harapanku sering diperkecilkan olehmu..tahukah kamu betapa pentingnya dan bernilainya dirimu padaku? sejak ku kenal kamu hampir 6tahun lalu.,dirimu menjadi sumber inspirasiku,cita citaku,impianku,anganku,doronganku,pembakar semangatku untuk berjaya dalam kehidupan sehingga sekarang.cuma sekarang masa,keadaan banyak mengubah persepsi kte dan menjadi cabaran.ini semua adalah input yang penting dalam mematangkan fikiran dan pengalaman sebelum melangkah kedepan.persoalan yang terpacul dan aku masih pertimbangkan satu niat murni nurani diri dari tahun lepas lagi pada hujung tahun 2012 akan dtg untuk melamar dirimu dan menemui keluargamu untuk mengikat tali pertunangan denganmu.aku ttiada niat untuk persendakan cinta ini kerana ia dibina bersama dengan mu..tidak perlu menegakkan benang yang basah,buang yang keruh ambil yang jernih,kita bina bersam cinta ini,oleh itu,kita berdua adalah pencipta dan kita berdualah bertanggungjawab perrtahankannya.semoga kita terus dalam kesabaran dan berfikir kebahagian yang ingin diundang..satu soalan ku buatmu nur fazira ahmad...ADAKAH AKU BERMAIN MAIN DENGAN PERASAAN DAN CINTA KAMU?????!!!!
oh pencuri hatiku...
oh pencuri hatiku...
kelantan vs terengganu final piala FA...pertembungan dua gergasi musuh tradisi pantai timur...
WOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! memang best oi final ganu dan kelate kat stadium bukit jalil semalam....gempak giler...ramai giler manusia....bermula pkul 4.00 ptg sampai ko 12 mlm duk situ...macam2 karenah,gelagat,pakaian dan cara masing2 penyokong yang ada pada waktu itu...walaupun aku sokong ganu pada malam itu tp aku sokong jgk kelate...aku suka tgok semangat penyokong kelantan dan terengganu...xde gaduh pon...cume kesian je kt polis dan fru kene baling botol...huhuhu...sabaq na...kelantan rmai giler penyokong sampai tempat penyokong terengganu pon penuh ngan baju merah....mmg dasat...yg tgganu plak dr ptg sampai mlm asyik sorak je xhenti...mmg enjoy beb!!! yang pelik nyer...terdapat 3 bendera yang menguasai stadium mlm td..spatutnya bndera ganu,kelate dan malaysia,,,tp bendera malaysia yg ada langsung xleh lwan bendera pas yang penyokong kelate dan ganu bwak...semangat pelik je diorang nih...dhla nk masuk bendera pas byak kene rampas polis,,,tp masih byak...yg hairan xde bendera umno...hahahha...kepuasan berkumpul dengan kawan2 menonton,bersorak beramai2 dan melepaskan segala tension adalah kemenangan yg manis buat diri walau pasukan yg disokong kalah...menang kalah adat bertanding....realiti sukan dalam kehidupan untuk kesihatan.....jmpa lg ganu dan kelate...kawe nok jupe mung lagi lepah ning....hahhahah
bila ganu kena 1 gol
bila dah menang...
ronda ronda dulu minum kopi...
penyu vs kijang......
satu kapalbila ganu kena 1 gol
bila dah menang...
ronda ronda dulu minum kopi...
Tuesday, June 7, 2011
santapan hati kecil di petang hari bersama anak saudara sekalian...
hari ini rase sungguh letih setelah seharian berada di kebun memenuhi jadual cuti semester kali ini..keletihan yang terpacul diraut wajahku dan badan yang longlai berasa sungguh terhibur dan teruja apabila kepulangan ku dirumah disambut dengan lagu yang suka suka oleh anak saudaraku .. INAS,SUFI dan TIHANI selalu je gurau gurau senda bila aku berada di rumah..tp yang kelakarnya sbelum myanyi diorang siap bagi lirik lagu lagi kt aku untuk nyanyi sama sama,.siap beratur tegak depan aku utk nyanyi....hahhahahha..tp entah kenapa sekarang aku suka dan rasa satu perasaan kasih sayang yang tak pernah kualami sebelum ini kepada anak anak kecil bukan sahaja mereka yang kukenal malah apabila jumpa dimana2..benak dan perasaan rasa begitu oh..tp terima kasih u olls atas lagu tu..pok Ang suka!!!hehehe..
i love u, i love u, i love u pok ang...
kita semua sayang pok ang...
kita semua suka pok ang...
muah muah muah!!!...
hahhahahahahhaha....
adoi budak2 nih....esok pok Ang plak yang nyanyi lagu RASA SAYANG untuk korang...hehhehehe.....
i love u, i love u, i love u pok ang...
kita semua sayang pok ang...
kita semua suka pok ang...
muah muah muah!!!...
hahhahahahahhaha....
adoi budak2 nih....esok pok Ang plak yang nyanyi lagu RASA SAYANG untuk korang...hehhehehe.....
Subscribe to:
Comments (Atom)




