selamat dtg



roy belacan...

tekun berusaha, ceria selalu, sabar menunggu, biarkan kasih sayang mengatasi segalanya..





Monday, September 26, 2011

tanggungjawab lelaki sebagai ayah, suami, abang, dan anak..

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Sunday, September 18, 2011

owh...adakah aku begitu.???



                    terbuka satu blog pagi ni dan terbaca pernyataan ini...banyak persoalan yang bermain di fikirku...Ya Allah berikanku hidayahMu agar ku berada di landasan yang benar....


             Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna…
“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan beruasaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” — Hilal Asyraf
Jangan mendahului-Nya dgn menetapkan seseorg itu adalah jodohmu, sebelum ijab kabul dia bukan siapa-siapa bagimu, belum halal utkmu.Andai dialah jodohmu yang tertulis di Lauh Mahfuzh,Allah pasti akan menanamkn rasa kasih dlm hatimu & hatinya,itu Janji Allah.Akan tetapi,selagi kalian tidak diikat oleh ikatan yang Halal,selama itu jangan mubazirkan perasaanmu.Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan…♥
Serahkan masamu hanya untuk Allah, pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya. Serahkan hatimu dan cintamu untuk Allah, pasti DIA akan berikan hati dan cintamu kepada pemilik yang sebenar…
“Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri…♥”
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”
Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.
Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!♥
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.♥